TESTIMONI PELAJAR


"Tahu mengapa mahu menyambung pengajian, terkesan dengan perlunya suatu kajian diteroka dalam sesuatu bidang ilmu seni serta memperolehi penyelia yang terbaik, pakar berpengalaman di dalam bidangnya dan kelangsungan jangka masa pengajian yang mampu ditanggung perbelanjaannya sehingga tamat, merupakan perkara utama buat seseorang yang mahu menyambung pengajian. Pastikan. Ternyata semua itu melengkapi pascasiswazah ASWARA dan kerana itu saya memilih pengajian sarjana saya diselesaikan di pusat pengajian ini. Alhamdulillah saya berjaya perolehi bukan sahaja segulung kertas pertauliahan sebagai graduan pertama lulusan pascasiswazah ASWARA, tetapi juga disiplin ilmu seni yang amat bernilai maknanya."


SITI JASMINA IBRAHIM
GRADUAN IJAZAH SARJANA SENI KREATIF, PENGIJAZAHAN TAHUN 2015




"PASCA ASWARA menyediakan platform yang paling tepat dan bersesuaian kepada penggiat seni khususnya bagi meningkatkan ilmu pengetahuan secara akademik di peringkat tertinggi."



BAHIZAL ABU BAKAR
GRADUAN IJAZAH SARJANA SENI KREATIF, PENGIJAZAHAN TAHUN 2016
"Penyelia yang membimbing pelajar amatlah bertanggungjawab ke atas pelajar dan sentiasa memastikan pelajar di atas landasan yang betul dalam penulisan tesis. Pembelajaran asas yang diberikan melalui kelas amatlah membantu dalam penulisan tesis. Pembelajaran asas di dalam kelas membantu membuka minda pelajar untuk berfikir lebih luas. Banyak aktiviti seperti pembentangan tesis daripada jemputan luar dihidangkan kepada pelajar agar pelajar mendapat idea-idea yang boleh diletakkan di dalam tesis. Harga yuran sangat berpatutan. Pensyarah-pensyarah yang dipilih sangat hebat untuk kendalikan pelajar. Aktiviti yang diberikan oleh pelajar amat aktif."


MAISARAH ISMAIL
PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SENI KREATIF



"Pusat Pengajian Pascasiswazah ASWARA merupakan platform terbaik untuk mengimbangi di antara nilai ilmu dengan kerjaya dalam bidang penulisan. Semoga ASWARA terus melahirkan penulis dan pengamal seni kreatif yang berilmu."



AZRIE IZHAM HAMZAH
PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SENI KREATIF



"Di antara institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pascasiswazah berteraskan projek dalam penyelidikan seni kreatif dan dapat memartabatkan hasil seni kreatif ke tahap yang dapat diiktiraf setaraf dengan penyelidikan di dalam bidang lain."



RUDIE BIN TAJUDDIN
PENGAJIAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH SENI KREATIF
"Saya memilih PASCA ASWARA untuk meneruskan pengajian Ijazah Sarjana kerana faktor tuntutan kerja. Lebih mudah bagi saya memilih PASCA ASWARA kerana di sini menawarkan Program Ijazah Sarjan dalam bidang seni persembahan. Mengikuti pengajian di sini amat menyenangkan saya kerana seni persembahan adalah rapat dengan saya. Malah yuran pengajian sangat berpatutan bahkan lebih murah berbanding dengan universiti yang lain. Semasa di tahun 2014, ASWARA menawarkan duit Zamalah sebanyak RM10,000 yang sangat membantu perbelanjaan kami di dalam pengumpulan data."



KAMARUL BAISAH BIN HUSIN
PENGAJIAN IJAZAH SARJANA SENI KREATIF


"ASWARA giat memperkasakan program Pascasiswazah dengan barisan urus tadbir yang mantap. Penawaran program berasaskan PRACTISE-LED-RESEARCH dan PRACTICE BASED RESEARCH khusus dalam bidang Creative Arts merupakan suatu niche yang berjaya diwujudkan di ASWARA. Program ini membuka peluang kepada insan kreatif untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Malah yuran pengajian adalah wajar dan mampu biaya."


AYOB IBRAHIM
PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH SENI KREATIF




"Saya memilih ASWARA kerana mod pengajian menggunakan kaedah studio base sangat bersesuaian dengan bidang seni. Selain itu kos pengajian yang sangat munasabah di kala ekonomi yang semakin tidak ketentuan ini."


ZAHIDI BIN KHAMIS
PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH SENI KREATIF


"Saya memilih ASWARA bagi menyambung pengajian saya ke peringkat tertinggi kerana ASWARA memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian melalui STUDIO BASED RESEARCH selain kemudahan pembelajaran yang memberi ruang untuk memenuhi keperluan saya belajar sambil bekerja sepenuh masa."



MOHD SAFFWAN BIN AHMAD
PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH SENI KREATIF

"Saya merupakan seorang penggiat seni dan juga seorang pendidik. Menyambung peringkat PhD di ASWARA adalah pilihan yang tepat kerana ASWARA menawarkan penyelidikan secara ARTS BASED RESEARCH. Tanpa kita sedar sebagai penggiat seni visual, kita sememangnya melakukan “research” sebelum kita melahirkan sebuah karya seni. Di ASWARA pensyarah akan membimbing pelajar/penggiat seni melakukan “research” dengan cara yang betul melalui ARTS BASED RESEARCH sehingga membolehkan mereka mendapat PhD."


SUZLEE IBRAHIM
PENGAJIAN DOKTOR FALSAFAH SENI KREATIF