Melahirkan sebuah pusat kesarjanaan kesenian, penyelidikan dan inovasi seni peringkat pengajian tinggi bertaraf antarabangsa.
Menyedia dan melahirkan pemikir kesenian yang mapan dalam menghadapi cabaran industri kreatif seiringan ilmu pengetahuan kesenian yang unggul.
Melahirkan penyelidik, pemikir, pemimpin serta pengamal kesenian yang mahir dan berilmu.
- Menyediakan program pengajian Pascasiswazah dan peluang penyelidikan yang inovatif di dalam industri kreatif.
- Membangun dan menyediakan cabaran dan pengisian intelektual di dalam industri kreatif.
- Melatih dan melahirkan sarjana dan pemimpin bagi memainkan peranan kreatif dalam perkembangan kemahiran dan ilmu yang tinggi di dalam industri kreatif.
- Membina dan menyediakan sumber yang memenuhi kehendak dan keperluan warisan dan aliran seni budaya dan warisan.
“..................melangkah ke hadapan bersama tradisi……………..…..”
Di sini bersemi tunas impian
Berakar budi budaya zaman
Yang melahirkan karyawan berilmu
Sahut cabaran teguh bersatu
Tajamkan pena seindah bahasa
Lagukan irama rentak pusaka
Lenggokkan tari pentas seniman
Layarkan seni catatan warisan
(Korus)
Kita laung suara ibunda
Terbilang di puncak dunia
Kita junjung budaya bangsa
Gemilang dan mashyur namanya
ASWARA tetap megah berdiri
Melangkah ke hadapan bersama tradisi
Tingkat semangat penuh jati diri
Seni dimertabat bangsa dihormati
ASWARA